Sejarah Rock N Roll
Hm tentunya lo lo pade udah tau dumz tentang music andergroundYang bernama Rock N Roll si gw mau berbagi tentang sejarah
Dari music Rock n Roll
Klu lo emang anak Underground tentu nya dari segi music tau dumz
Asal usul nya music lo yang di sukai jangan cuman gaya atau suka aja
Jadi kita harus mengetahuinya apa yang kita sukai dari music kita
Harus tau sejarah nya apalagi yang suka dengan gaya gaya penampilan
music underground Tentunya lo tau semunya oke dech
Sory kalou kata – kata ini menyinggung bagi anak Underground music hehehe..
Gw jg suka music underground awal nya di kasih tau sama temen temen
Eh ternyata enak jg iia jadi seorang pecinta music hmm………
Pada era awal lagu-lagu "rock'n'roll" menggunakan solo saksofon tetapi sekitar 1956, gitar letrik telah mula dijadikan alat solo utama. Walaupun artis seperti James Brown masih menggunakan saksofon, tetapi gitar lebih digemari ramai. Lagu-lagu hits seperti Jailhouse Rock (Elvis Presley) dan Rock Around The Clock (Bill Haley & The Comets) telah mengunakan gitar sebagai alatan utama
Pada tahun 1955, lagu Maybelline dendangan Chuck Berry telah direkodkan dan boleh dikatakan asas kepada lagu rock, kerana beliau lah orang pertama yang menggunakan gitar letrik sebagai alat utama, dan mengenengahkan bunyi "descending pentatonic double-stops" (asas gitar rock)
Penghujung 50an dan awal 60an merupakan tahun kegelapan rock-n-roll di USA. Peminat muzik telah beralih selera kepada muzik yang lebih melodik dan suka berdansa. Lagu-lagu dari Paul Anka - Diana (1957), Pat Boone - Love Letters In The Sand (1957), Bobby Darin - Dream Lover (1959), Frankie Avalon - Why (1959), Fabian (Forte) - I'm a Man (1959), Bobby Rydell - Wild One (1960), Rick Nelson - Hello Mary Lou (1961), Bobby Vee (Velline) - Take Good Care Of My Baby (1961), dan Neil Sedaka - Breaking Up Is Hard To Do (1962), dan yang seangkatan telah mengambil alih.
Walaubagaimanapun masih ada kugiran-kugiran yang berkonsepkan rock-and-roll. Antaranya adalah lagu-lagu berikut:- Save The Last Dance For Me oleh The Drifters, Its In His Kiss oleh Betty Everett, Crazy Man Crazy oleh Bill Haley, Can't Stay Mad At You oleh Skeeter Davis.
Penghujung 60an pula, di
Lagu-lagu dari
Zaman kegelapan telah mengevolusikan rock-n-roll. Oleh kerana pemuzik rock n roll tidak boleh lagi mengharapkan radio sebagai saluran untuk memperdengarkan lagu-lagu mereka, maka pemuzik2 tersebut telah mencampur adukkan rentak-rentak lain kepada rock-n-roll. Contohnya pada tahun 1957 lagu instrumental Rumble oleh Link Wray telah mencipta bunyi gitar "fuzz-tone" (konsep "power chord"); dan dalam tahun 1958, Eddie Cochran telah mengadun bunyi-bunyian dari alat muzik dan vokal dalam lagu-lagu Summertime Blues dan C'mon Everybody. Inovasi-inovasi ini merupakan satu kejayaan kepada teknologi muzik tetapi di waktu itu, rock n roll tidak menjadi perhatian kepada penerbit album maupun pendengar muzik keseluruhannya.
Lagu-lagu Rock 50an tidak mementingkan kehalusan alunan dan bunyi. Tiada "rock n roll drive" yang menarik dan meninggi hingga membingitkan telinga. Gitar karan pun bunyinya biasa saja, tidaklah sehingga seperti bunyi mesin sedut habuk macam rock sekarang. Rekoding pun lebih kurang, dilakukan secara live, tiada efek stereo dan media rekod hanyalah piring hitam. Namun apabila zaman berubah dan teknologi berubah, kita lihat kumpulan-kumpulan Rock 60an seperti Rolling Stones telah meniru lagu Chuck Berry lebih baik daripada Chuck; Beatles meniru Carl Perkins; dan The Who membawa lagu Eddie Cochran - Summertime Blues dengan lebih lunak lagi.
Maka pada tahun 60an bermulalah cabang-cabang Rock. Antara lain cabang-cabang tersebut adalah Rhythm & Blues, Hard Rock, Heavy Metal, Arena Rock, Punk/Grunge, Roots Rock, Folk Rock, Celtic Rock, Jazz Rock, Mope Rock, Meta Rock dan Pop Rock. Semoga bermapaat bagi pecinta music anderground dan semoga lebih memahami dan lebih tau dari saya tentang music Underground




0 komentar:
Posting Komentar